Haaland sudah ada niat tinggalkan Manchester City

Haaland sudah ada niat tinggalkan Manchester City

ERLING HAALAND
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ejen Erling Haaland mengesahkan penyerang Norway itu sudah merancang untuk me­ninggalkan Manchester City dan membuka pintu kepada perpindahan ‘impian’ ke Real Madrid.

Haaland, 22, tiba di Etihad menerusi perjanjian 51 juta pound (RM272.90 juta) dari Borussia Dortmund pada Julai tahun lalu dengan kontrak lima tahun.

Dia telah meledak 33 gol daripada 33 perlawanan untuk skuad kendalian Pep Guardiola, dengan 27 daripadanya dalam Liga Perdana – gol terbanyak oleh pemain City bagi satu musim.

Bagaimanapun, ketika ­Haaland terus memecah rekod bersama City, langkah seterusnya sudah dirancang selepas ejen pemain itu, Rafaela Pimenta mengesahkan dia mahu menandatangani kontrak bersama Real.

Pimenta percaya, Real mempunyai ‘magis’ yang sukar ditolak pemain-mana pemain.

“Real mempunyai sesuatu yang menjadikan mereka ‘tempat idaman’. Ia bukan tentang La Liga tapi Liga Juara-Juara (juara Eropah 14 kali),” katanya dalam sidang Kemuncak Bola Sepak dan Perniagaan ­Financial Times di London semalam.

Kata Pimenta, ada dua perkara yang sering menjadi idaman pemain iaitu bermain untuk Real, selain Liga Perdana Inggeris.

“Di agensi saya, kami cuba membuat rancangan. Kita kena ada perancangan.

“Kami perlu mempunyai matlamat. Mungkin kita tidak akan mencapainya tetapi jika tidak tahu ke mana kita pergi pasti kita tidak akan sampai ke sana.

“Apabila kami mempunyai pemain, kami membuat perancangan, walaupun pemain itu berumur 15 tahun. Kami sedang merancang trajektori kerjayanya.

“Apabila saya memulakan perniagaan ini, bila saya akan kata kepada pemain ‘saya akan bawa kamu ke England’ mereka akan berkata, ‘apa salah saya? Kenapa kamu tidak suka saya?

“Tetapi sekarang, situasi sudah berbeza. Bila saya tanya pemain, apa matlamat kamu? Mereka akan membalas, Liga Perdana Inggeris. Mereka tidak cakap Manchester City, Chelsea atau Arsenal tetapi Liga Perdana,” katanya.

Bapa Haaland yang juga bekas pemain tengah City, Alf-Inge Haaland pernah membe­ritahu, anaknya mungkin hanya kekal di England selama dua atau tiga tahun, sebelum menguji dirinya dalam liga Eropah lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya