MANCHESTER: Pep Guardiola secara berkata, dia tetap menganggap dirinya gagal sekalipun berjaya membawa Manchester City merangkul Liga Juara-Juara tiga kali berturut-turut kerana kerana pasukannya pernah ‘diabaikan’ oleh Julia Roberts.
Guardiola mendedahkan perkara itu dalam sidang akhbar selepas City membelasah RB Leipzig 7-0 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 8-1 semalam.
Pengurus kelahiran Sepanyol itu mendedahkan, bintang Hollywood, Roberts adalah salah seorang daripada tiga idolanya, selain legenda golf Amerika Syarikat (AS), Tiger Woods dan bintang bola keranjang, Michael Jordan.
Guardiola berkata, dia akan sentiasa gagal di City kerana pelakon filem Pretty Women dan Notting Hill itu memilih untuk melawat Old Trafford berbanding Etihad ketika datang ke England pada 2016.

“Saya sentiasa gagal dalam Liga Juara-Juara.
“Jika menang kejuaraan tiga kali berturut-turut saya tetap gagal. Saya ada tiga idola dalam hidup. Michael Jordan, Tiger Woods dan Julia Roberts.
“Julia Roberts pernah datang ke Manchester. Bukan pada 1090-an ketika Sir Alex Ferguson memenangi kejuaraan demi kejuaraan.
“Dia datang dalam tempoh di mana kami lebih baik daripada United, dalam empat atau lima tahun ini.
“Dia pergi melawat United. Dia tidak datang berjumpa kami. Itulah sebabnya walaupun saya memenangi Liga Juara-Juara, ia tidak akan dapat dibandingkan kerana Julia Roberts datang ke Manchester dan tidak datang menemui kami,” katanya.
Roberts dan keluarganya melawat Old Trafford pada November 2016 untuk menonton perlawanan Manchester United menentang West Ham United. – AGENSI