Fandi terkejut Tok Gajah sudah banyak berubah

Fandi terkejut Tok Gajah sudah banyak berubah

PEMAIN tengah Perak FC, Farris Izdiham (kiri) melarikan bola daripada pertahanan Sri Pahang, Stefano Brundo dan Mohamad Fadhli Shas dalam aksi Piala FA di di Stadium Perak, Ipoh malam tadi. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kesungguhan pemainnya adalah faktor utama Sri Pahang berjaya menumpaskan Perak FC pada pusingan pertama Piala FA di Stadium Perak, semalam.

“Pemain berusaha keras untuk kemenangan ini. Saya gembira dengan kejayaan kami,” kata ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad.

Bagaimanapun Fandi berkata, Tok Gajah mensia-siakan banyak peluang menjaringkan gol.

Legenda bola sepak Singapura itu turut memuji persembahan pemain muda Perak.

“Perak banyak berubah berbanding dua tiga perlawanan awal mereka . Saya terkejut dengan permainan mereka malam ini.

“Penjaga gol mereka (Tian Keat See) juga bertindak cemerlang dan luar biasa,” katanya

Menurutnya, perlawanan begitu sengit dan kedua-dua pasukan bermain dengan baik.

Katanya, dia gembira apabila pasukannya berjaya melepasi halangan awal saingan.

Fandi berkata, tumpuan mereka kini ialah untuk menghadapi pertemuan dengan Gergasi Merah, Selangor selepas ini

“Satu lagi halangan sukar saya jangka. Apapun kami kena bersedia untuk menghadapi perlawanan ini,”katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya