Bukan tahap King of Malaya

Bukan tahap King of Malaya

DIOGO Luis Santo (tengah) meraikan jaringannya ketika membantu Johor Darul Ta’zim membelasah Selangor FC 4-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya kelmarin. – MINGGUAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Diberi gelaran King of ­Malaya kerana pernah menguasai saingan bola sepak tempatan suatu ketika dulu, termasuk memegang rekod 33 kejuaraan Piala Malaysia, namun prestasi Selangor FC ketika ini jauh daripada layak digelar pasukan terbaik.

Kekalahan 0-4 kepada ‘raja bola sepak era baharu’, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di laman sendiri kelmarin membuktikan, Red Giants belum menghampiri prestasi yang meletakkan mereka sebagai kelab legenda.

Pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe juga mengakui, JDT pasukan yang lebih bagus dan memiliki kelebihan dari segenap segi.

Dua tonggak import yang dibawa masuk musim ini, Ayron del Valle dan Yohandry Orozco pula masih gagal menampilkan kualiti sebenar, malah tenggelam di sebalik kehebatan bintang-bintang JDT.

“Kami tewas kepada pasukan yang lebih baik. Sudah tentu kalau kita tengok secara keseluruhan JDT ada kelebihan.

“Separuh masa pertama kita berjaya mengimbangi perlawanan dan kita ada peluang jaringan, namun dalam bola sepak kami kena fokus dari minit pertama sehingga minit ke-90.

“Bukan bermain separuh masa pertama dengan baik tetapi separuh masa kedua kita tidak bagus. Bagi saya, ia satu pengajaran terbaik untuk pasukan kami,” kata Cheng Hoe.

PERTAHANAN JDT, Jordi Amat (kiri) bersaing dengan penyerang Selangor, Ayron del Valle dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya kelmarin. – MINGGUAN/FARIZ RUSADIO

Kekalahan itu juga menamatkan rekod tanpa kalah Selangor musim ini, manakala bagi JDT, persoalan terus ditimbulkan peminat bola sepak, siapa mampu menyekat mereka?

Anak-anak buah Esteban Solari bukan sahaja memenangi semua lima perlawanan mereka musim ini, malah menang dengan amat meyakinkan.

Kemenangan 4-0 ke atas Selangor hadir enam hari selepas JDT membenam Kelantan FC 5-1, manakala pada 6 Mac lalu, Harimau Selatan membelasah Negeri Sembilan 7-0 di Paroi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.