Bournemouth mampu tumbangkan Liverpool

Bournemouth mampu tumbangkan Liverpool

PEMAIN Liverpool melakukan persiapan akhir di Pusat Latihan AXA, Liverpool semalam sebelum bertandang ke Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini. – IHSAN LIVERPOOL FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas bintang Arsenal dan England, Paul Merson meramalkan Liverpool mungkin tumbang kepada kelab tercorot Liga Perdana Inggeris, Bournemouth hari ini, biarpun baru membelasah Manchester ­United 7-0.

Liverpool melakar salah satu kemenangan terbesar dalam sejarah kelab di Anfield apabila gol Cody Gakpo, Darwin Nunez, Mohamed Salah dan Roberto Firmino mengaibkan musuh ketat mereka, United, Ahad lalu.

Selepas melalui bulan yang teruk sebelum ini, kemenangan itu membangkitkan keyakinan Reds untuk mengejar kelompok empat terbaik liga, sekali gus meraih tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Agenda Liverpool selepas ini adalah lawatan ke Bournemouth, pasukan yang hanya memenangi satu perlawanan sejak tamat Piala Dunia 2022, malah mereka juga tewas 3-2 kepada Arsenal dalam aksi ­terakhir liga, Sabtu lalu.

Dalam perlawanan itu, skuad The Cherries membuka jaringan di Emirates selepas hanya sembilan saat dan mendahului 2-0 ke atas pendahulu liga, namun Gunners bangkit dengan kemenangan 3-2 selepas Reiss Nelson meledak gol kemenangan pada waktu kecederaan.

Ramai yang memilih ­Liverpool akan menumpaskan Bournemouth di Stadium Vita­lity, namun Merson, yang menyarung jersi Arsenal dari 1985 hingga 1997 meramalkan keputusan perlawanan tidak akan memihak anak-anak buah ­Jurgen Klopp.

“Bournemouth telah me­lakukan kerja yang baik sejak kebelakangan ini. Dalam beberapa minggu lalu, mungkin mereka amat teruja untuk menentang Liverpool.

“Begitupun tiba-tiba sahaja Liverpool membelasah Manchester United 7-0 dan kembali dalam persaingan kelompok empat terbaik. Ini menunjukkan setiap perlawanan penting.

“Bournemouth bagaimanapun bermain dengan sangat baik ketika menentang Arsenal. Ia persembahan yang bagus, dan mereka amat kecewa apabila kalah pada saat akhir.

TRIO Nunez (kiri), Salah (tengah) dan Gakpo mula menunjukkan keserasian.

“Trio serangan Liverpool pula baru menemui keserasian.

“Minggu lalu, Cody Gakpo, ­Darwin Nunez dan Mohamed Salah tampak jauh lebih baik berbanding sebelumnya, kemenangan ke atas United benar-benar mening­katkan keyakinan mereka.

“Bagaimanapun saya menjangkakan, sama seperti yang dialami Arsenal minggu lalu, Liverpool akan berdepan kesukaran berdepan Bournemouth.

“Ia bukan perlawanan yang mudah seperti disangkakan semua orang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya