Biling pastikan Liverpool kembali kecewa

Biling pastikan Liverpool kembali kecewa

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti ketika berdepan dengan Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vitality sebentar tadi. (FOTO: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOURNEMOUTH: Pasukan kelompok bawahan Liga Perdana Inggeris, Bournemouth memastikan mereka tidak lagi menjadi mangsa belasahan kepada Liverpool, sebaliknya mengejutkan pelawat dengan kemenangan tipis 1-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Vitality sebentar tadi.

Liverpool dilihat begitu bersemangat dengan membawa momentum kemenangan besar 7-0 ke atas seteru utama, Manchester United minggu lalu.

Tambahan, atas kertas, skuad kendalian Jurgen Klopp itu pernah membelasah Bournemouth 9-0 di Anfield Ogos lalu.

Bagaimanapun skrip tersebut tidak berulang, sebaliknya tuan rumah lebih tenang mengawal perlawanan yang diketuai penyerang Dominic Solanke.

Usaha mereka berhasil apabila menerusi satu hantaran silang oleh Dango Outttara, Philip Billing berjaya menampan bola untuk menewaskan penjaga gol Liverpool, Alisson pada minit ke 28.

Skrip di babak kedua tidak banyak beza, apabila Bournemouth masih kental bertahan, dan sekali sekala melancarkan serangan balas ke kubu Reds,

Tuan rumah cemas seketika apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool apabila video bantuan pengadil (VAR) berjaya mengesan bola terkena tangan Adam Smith ketika dia cuba menghalang tandukan dilakuakn Diogo Jota.

Penyerang antarabangsa Mesir, Mohamed Salah ditugaskan untuk mengambil sepakan itu, bagaimanapun tendangannya tersasar sekaligus menggembirakan ribuan penyokong tuan rumah.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus memberikan kelegaan buat Bournemouth yang kini berada di tangga ke 16 dan sedang berusaha untuk mengelak daripada berada dalam zon penyingkiran.

Malang buat Liverpool apabila mereka terlepas peluang untuk merapatkan jurang dengan empat pasukan teratas liga apabila kekal di tangga kelima dengan 42 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya