Bawakan kami Juventus, Roma - Scholes

Bawakan kami Juventus, Roma – Scholes

MARCUS Rashford (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu Manchester United menumpaskan Real Betis pada perlawanan kedua, pusingan 16 akhir Liga Europa di Stadium Benito Villamarin, Seville semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Legenda Manchester United, Paul Scholes mahu melihat Manchester United ­di­undi menentang gergasi Itali, Juventus atau Roma pada suku akhir Liga Europa.

Semalam, Reds Devils menang secara agregat 5-1 ke atas Real Betis selepas menumpaskan kelab Sepanyol itu 1-0 pada aksi kedua, pusingan 16 akhir hasil jaringan Marcus Rashford.

Juventus menyertai mereka selepas menyingkirkan kelab Jerman, FC Freiburg secara agregat 3-0, manakala Roma menumpaskan Real Sociedad 2-0 (dua perlawanan).

“Saya mahukan perlawanan besar, saya suka perlawanan besar di Old Trafford. Saya tahu ini bukan Liga Juara-Juara, anda dalam Liga Europa.

“Begitupun dengan keha­diran kelab hebat seperti Juventus akan menjadikan perlawanan sangat besar,” katanya.

Sementara itu, pengurus Uni­ted, Erik ten Hag memuji Rashford yang meledak gol ke-25 di pentas Eropah pada minit ke-56 untuk mendiamkan ribuan penyokong tuan rumah di Stadium Benito Villamarin.

“Kami mencipta banyak pe­luang, Rashy (Rashford) juga ada beberapa peluang, ada antaranya gagal disudahkan.

“Begitupun dia tetap yakin pada diri sendiri, terus mencuba dan mendapat ganjaran.

“Penyerang yang bagus tahu bukan setiap peluang akan meng­hasilkan gol, namun dia meledak gol penting buat pasukan,” kata Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya