Azeem menang dalam penampilan sulung 100m

Azeem menang dalam penampilan sulung 100m

Muhammad Azeem Fahmi cemerlang lagi di Amerika Syarikat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang pecut remaja negara, Muhammad Azeem Fahmi terus cemerlang di Amerika Syarikat (AS) apabila menjuarai acara 100 meter (m) pada Kejohanan Florida State University (FSU) Relays, awal pagi tadi.

Dalam kejohanan di Mike Long Track, Tallahassee, Florida itu, Azeem yang mewakili Universiti Auburn menamatkan perlumbaan dengan masa 10.32 saat (s), untuk menewaskan sembilan pelumba lain.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Andre Ewers (10.49s) dari Florida State University, manakala Trei Thorogood (10.51s) mewakili Universiti Syracuse ketiga.

Ini kali pertama Azeem, 18, beraksi dalam acara 100m pada kejohanan luar dewan sejak tiba di AS, Januari lalu.

Pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s itu sebelum ini membuat tiga penampilan dalam acara 60m dalam dewan.

Bulan lalu, Azeem memecah rekod kebangsaan 60m lelaki dalam dewan miliknya sendiri pada kejohanan Tiger Paw Invitational. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.