Azeem mampu memecut lebih laju

Azeem mampu memecut lebih laju

MUHAMMAD AZEEM FAHMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan Muhammad Azeem Fahmi me­rangkul pingat emas pada penampilan pertama dalam acara 100 meter (m) di Amerika Syarikat (AS) membuktikan bintang pecut remaja itu berada di landasan tepat.

Biarpun catatan 10.32 saat (s) yang dilakukan pada Kejohanan Florida State University (FSU) Relays semalam jauh dari rekod kebangsaan miliknya, 10,09s, namun prestasinya dianggap amat baik mengambil kira tidak sampai tiga bulan dia tiba di AS.

Atlet berusia 18 tahun itu sebelum ini hanya berlari untuk jarak 60m dalam tiga kejohanan dalam dewan, di mana dia turut memecahkan rekod kebangsaan.

“Tidak begitu teruk, 10.32s untuk pembuka musim, kami akan terus perbaiki,” kata Azeem sejurus tamat perlumbaan di Mike Long Track di Tallahassee, Florida.

Kejayaan atlet kelahiran Ipoh, Perak itu turut menarik tumpuan bekas jaguh pecut negara, Nazmizan Muhammad, yang yakin lebih banyak pencapaian, selain catatan terbaik mampu diraih Azeem melihat betapa cepatnya dia menyesuaikan diri dengan persekitaran serba asing di AS.

“Catatan masa 10.32s permulaan baik untuk pembukaan musim luar dewan pertama Azeem. Dia menunjukkan petanda positif dan mengalahkan pesaing-pesaing hebat.

“Sekarang, kita tunggu dan tengok apa yang dia boleh buat lagi di sana dan harumkan nama negara.

“Ini kejayaan luar biasa walaupun baru tiga bulan di sana, maknanya dia cepat sesuaikan diri dengan corak latihan dan keadaan di AS.

“Namun, kita jangan impikan pencapaian terlalu cepat untuk lihat dia lari bawah 10s, beri dia masa, jangan tergesa-gesa dan terlalu mendesak.

“Percaya kepada proses latihan dan berdasarkan catatan peribadi 10,09s, saya percaya dia boleh buat lebih baik. Apa yang penting kita jangan beri tekanan.

“Dia sendiri pun mesti ada sasaran untuk catat bawah 10s,” juara 100 dan 200m Sukan SEA 2003 itu kepada Mingguan Malaysia.

Nazmizan percaya, Azeem akan mampu lakukan sesuatu pada Sukan Asia di China, September nanti dan berharap dia tidak terikut-ikut dengan perasaan untuk mencatat masa bawah 10s bagi mengelak kecederaan yang boleh menggugat masa depannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.