Ayuh pecah lebih banyak rekod - Haaland

Ayuh pecah lebih banyak rekod – Haaland

ERLING Haaland meraikan jaringannya ketika membantu Manchester City membelasah RB Leipzig 7-0 pada perlawanan kedua, pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, Manchester semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Erling Haaland mahu Manchester City terus agresif dan memecah lebih ­ba­nyak rekod selepas meledak lima gol ketika membantu pasukannya membelasah RB Leipzig 7-0 dalam aksi kedua, pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara semalam.

Kemenangan itu memboleh­kan City mara ke suku akhir buat kali keenam berturut-turut menerusi agregat 8-1.

Haaland juga memecah rekod berusia 94 tahun dengan muncul pemain City pertama meledak 39 gol semusim, memadam rekod 38 gol milik Tommy Johnson pada musim 1928-1929.

Pada usia 22 tahun, 236 hari, penyerang Norway itu juga muncul pemain termuda mencapai angka 30 gol dalam Liga Juara-Juara, mengatasi rekod Kylian Mbappe yang berusia 22 tahun, 352 hari ketika meledak gol ke-30 di pentas elit Eropah.

“Kami bekerja dalam tekanan, terutama di laman sendiri, kami perlu berlari dan terus menekan lawan. Kami sangat baik ketika merampas bola.

“Saya mahu kami lakukan perkara begini (menang besar) lebih kerap lagi.

“Saya percaya, kami boleh menggunakan kaedah ini (menekan lawan), terdapat banyak ruang boleh digunakan.

“Saya beritahu pengurus (Pep Guardiola), saya sebenar­nya ingin menjaringkan hatrik ­berganda (enam gol) tetapi apa yang boleh saya lakukan? Kepala saya kabur (selepas lima gol),” kata Haaland.

Menurut Haaland, kekuatan terbesarnya adalah menjaringkan gol, dan dia menggunakan semua kelebihan itu untuk merobek ­gawang lawan.

City belum mencapai tertinggi bergelar juara Eropah, namun mereka sebelum ini juga tidak pernah memiliki penyerang ­dengan kualiti sehebat Haaland yang mampu membawa perbezaan.

Selepas seri 1-1 di barat ­Jerman tiga minggu lalu, Leipzig tampak lesu gara-gara ramai pemain dilanda kecederaan, malah tiada tandingan berdepan lawan yang dipenuhi bintang itu.

Dua lagi jaringan tuan rumah di Etihad disempurnakan oleh Ilkay Gundogan dan perancang utama mereka, Kevin de Bruyne. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya