Alexander-Arnold ‘lubuk’ kelemahan Reds – Benzema

Alexander-Arnold ‘lubuk’ kelemahan Reds – Benzema

Trent Alexander-Arnold (kiri) dianggap punca gol tunggal kemenangan Real Madrid.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Rio Ferdinand mengkritik Trent Alexander-Arnold kerana gagal memainkan ­peranan untuk menghalang ja­ringan Real Madrid ketika pasukan itu kalah 1-0 Liverpool di Santiago Bernabeu semalam.

Penjaring gol kemenangan Real, Karim Benzema juga me­ngakui, sebelum perlawanan dia memberitahu rakan-rakan sepasukan bahawa bek kanan England itu kelemahan terbesar Reds yang harus dimanfaatkan.

Pada minit ke-78, Benzema tidak dikawal ketika menjaringkan gol tunggal perlawanan selepas menerima hantaran Vinicius Junior dari dalam kotak penalti.

“Saya beritahu (Eduardo) Camavinga, pertahanan tengah Liverpool kerap terdedah, jadi kami harus memanfaatkannya.

“Dia (Alexander-Arnold) masih sangat muda dan seorang yang baik,” kata Benzema.

Kekalahan 1-0 dalam aksi kedua, pusingan 16 akhir bermakna juara bertahan, Real melangkah ke suku akhir secara agregat 6-2 selepas menang 5-2 di Anfield, tiga minggu lalu.

Dalam perlawanan itu, ­Alexander-Arnold beberapa kali gagal mengawal Vinicius yang sering membolosinya.

Legenda Manchester United dan England, Ferdinand berkata, pemain berusia 24 tahun itu tidak berfikir sebagai seorang pertahanan kerana ghairah untuk membantu serangan hingga sering meninggalkan posisinya.

“Dia perlu berfikir sebagai secara bertahan, anda perlu fikir, pertahanan tengah akan menghadapi masalah bila anda sering mening­galkan posisi,” kata Ferdinand. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya