Ada 5 juta sebab Liverpool kena menang

Ada 5 juta sebab Liverpool kena menang

PEMAIN Liverpool menjalani latihan akhir semalam menjelang pertemuan menentang Manchester United. - IHSAN LIVERPOOL FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pertarungan Liver­pool menentang Manchester United di Anfield awal pagi esok bukanlah aksi derbi, namun bagi pengendali Reds, Jurgen Klopp, ia pertarungan terbesar dalam Liga Perdana Inggeris.

Liverpool belum pernah tewas kepada United di laman sendiri sejak 2016, namun sejak dari itu, nasib kedua-dua pasukan telah berubah menyaksikan skuad kendalian Klopp terdesak untuk menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik.

United di posisi mencabar kejuaraan liga selepas meraih trofi pertama dalam tempoh enam tahun de­ngan muncul juara ­Piala Liga bulan lalu.

MOHAMED Salah (dua, kanan) menjalani latihan bersama rakan sepasukan.

“Apabila Liverpool menentang United, jika ia bukan lagi perlawanan istimewa, maka ada yang tidak kena.

“Bola sepak menjadi amat penting dalam tempoh 95 atau 98 minit, seluruh dunia akan menonton perlawanan.

“Saya mahu menang supaya tidak perlu lihat muka anda semua selepas kalah tapi saya juga ada lima juta sebab lain untuk memena­ngi perlawanan ini,” kata Klopp.

Sebagai pengurus Liverpool, Klopp mengakui, dia tidak mempunyai perkara positif untuk dikatakan mengenai seterunya itu, namun dia menghormati rakan sejawatnya, Erik ten Hag serta ayam tambatan mereka, Marcus Rashford.

“Sukar untuk saya berkata perkara positif tentang United apabila memegang jawatan pengurus Liverpool selama tujuh tahun tetapi saya gembira dengan Rashford,” katanya.

Reds menyandarkan harapan kepada benteng yang diketuai penjaga gol, Alisson dan bek tengah, Virgil van Dijk untuk mematahkan asakan Red Devils.

Mohamed Salah pula menggalas tugas merobek gawang lawan, namun siapa akan membentuk trio serangan bersama bintang Mesir itu kekal menjadi tanda tanya.

Klopp mungkin akan memilih kombinasi Salah bersama Darwin Nunez dan Cody Gakpo atau mungkin menurunkan ­Diogo Jota. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya