11 tonggak JDT perkuatkan Harimau Malaya

11 tonggak JDT perkuatkan Harimau Malaya

SKUAD Harimau Malaya yang berjaya layak ke Piala Asia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali memperkuatkan skuad Harimau Malaya apabila 11 daripada mereka menguasai senarai 27 pemain yang dipanggil untuk latihan pusat yang bermula Sabtu ini.

Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon turut menyenaraikan lapan muka baharu, termasuk dua pemain naturalisasi, Paulo Josue (Kuala Lumpur) dan Endrick Dos Santos  (JDT), selain pemain warisan, Nooa Laine yang kini beraksi bersama kelab Finland, SJK Akatemia.

Pemain akan mula berkumpul di Johor Bharu, Sabtu ini untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan dijadualkan berlangsung pada 23 Mac berdepan Turkmenistan dan Hong Kong (28 Mac) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Pan Gon hanya mengekalkan sembilan daripada 23 pemain yang membawa Harimau Malaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF 2022, Januari lalu.

Lima lagi muka baharu yang dipanggil kali ini adalah penjaga gol, Damien Lim dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman; Fayadh Zulkifli Amin, Daniel Ting dan Feroz Baharudin.

Selangor yang membariskan 10 pemain ketika kempen Piala AFF kini hanya mempunyai empat pemain, diketuai ketua pasukan, Brendan Gan, Faisal Halim, Quentin Cheng dan Khuzaimie Piee.

Dua aksi persahabatan tersebut adalah sebahagian persiapan Harimau Malaya untuk menghadapi Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar, Januari depan. – UTUSAN ONLINE

SENARAI pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat Harimau Malaya.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya