TMJ tawar bantuan, bukan jawatan

TMJ tawar bantuan, bukan jawatan

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim menyuarakan hasrat untuk membantu Harimau Malaya. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mendedahkan, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berminat menjadi pengurus pasukan kebangsaan.

Hamidin menjelaskan, perkara itu dimaklumkan sendiri TMJ sewaktu beliau dan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengadakan pertemuan dengan pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu di Johor Bahru, Sabtu lalu.

Begitupun, TMJ bersedia memberi apa sahaja bantuan buat pasukan kebangsaan antaranya menyediakan beberapa kelengkapan latihan buat Harimau Malaya.

“Pertama, beliau (TMJ) jumpa saya sebab nak tahu me­ngenai kemenangan saya (sebagai Ahli Majlis FIFA) di Bahrain dan beliau ucapkan tahniah.

“Kedua, saya nak jelaskan beliau tak berminat nak memegang apa-apa jawatan (dalam skuad kebangsaan), sama ada pengurus pasukan atau apa ­sahaja.

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim  dan Hamidin Mohd. Amin sentiasa bekerjasama membangunkan bola sepak Malaysia biarpun Tunku Mahkota Johor tiada jawatan dalam FAM.

“Tetapi bermula dari sekarang beliau nak usahakan untuk membantu pasukan kebangsaan, apa yang boleh beliau bantu terutama untuk persiapan ke Piala Asia 2023 pada Januari ­tahun depan.

“Beliau kata nak sumbangkan beberapa kelengkapan gimnasium lagi dan beliau minta Pan Gon senaraikan barang.

“Kemudian beliau kata Stadium Nasional nak kena buat (naik taraf) tahun ini, jadi beliau mempelawa untuk bermain di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

“Pan Gon pun tiada masalah dengan perkara itu dan dia pun sukakan padang di Stadium Sultan Ibrahim selain fasiliti sains sukan yang ada dekat sana,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Terdahulu, terdapat beberapa pihak mempersetujui TMJ sebagai individu yang layak menjadi pengurus pasukan Harimau Malaya terutama untuk menghadapi Piala Asia 2023.

Dalam pada itu, Hamidin berharap semua kelab dalam Liga Malaysia (Liga M) boleh membantu untuk bersama-sama menaikkan pasukan kebangsaan ke tahap lebih tinggi.

“Saya sudah jelaskan sebelum ini, semua kelab diharap dapat membantu pasukan Malaysia, bukan hanya TMJ sahaja.

“Kita banyak kejohanan di ASEAN, Asia dan juga usaha untuk ke Piala Dunia, jadi semua pihak kena bantu selain kerajaan yang memang membantu kita,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya