Tindakan FAM satu langkah ke belakang

Tindakan FAM satu langkah ke belakang

E. Elavarasan (tengah) hanya akan memuktamadkan pemain yang hendak dibawa ke Kemboja, Selasa ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menghantar skuad bawah 23 tahun (B-23) negara ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China tahun ini sangat merugikan selain dianggap langkah ke belakang.

Ketika rata-rata negara lain sibuk mencari medan terbaik untuk menguji pasukan selain sebagai platform pendedahan di Sukan Asia, keputusan sebalik­nya diambil FAM yang memberi keutamaan kepada Kelayakan Piala Asia B-23 2024, Sukan SEA dan Piala AFF.

Ramai tidak bersetuju de­ngan tindakan FAM itu kerana rata-rata mereka menyifatkan Sukan Asia merupakan peluang yang ada bagi melihat sejauh mana perkembangan skuad negara bersaing dengan pasukan-pasukan gergasi Asia.

Skuad negara yang dihantar ke Sukan Asia 2018 melakukan kejutan terbesar dalam perlawanan kedua Kumpulan E apabila menewaskan juara bertahan, Korea Selatan 2-1.

Bekas jurulatih Harimau Muda, Azraai Khor Abdullah berkata, penyertaan ke Sukan Asia sangat diperlukan sebagai pendedahan dan ia bertetapan dengan agenda negara mahu menfokuskan pasukan pembangunan dan ini menjadi medan mereka mencari pengalaman.

“Saya akui, saingan cukup sengit di Sukan Asia tetapi perlu diingat bahawa kita juga sentiasa berdepan tugas berat di Sukan SEA dan juga Piala AFF. Sukan Asia bukan ‘level’ kita tetapi ia medan terbaik untuk pemain cari pengalaman di luar.

“Sekurang-kurangnya apabila beraksi di Sukan Asia, pasukan B-23 ini dapat mempamerkan mutu permainan dan dapat mempelajari sesuatu apabila berdepan pasukan yang lebih baik dan kedudukan ranking yang tinggi.

“Pendapat saya biarkan mereka mendapat pendedahan. Sekurang-kurangnya kita akan dapat ke­putusan dari­pada mereka. Sangat merugikan jika tidak hantar skuad ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengesahkan tidak akan menghantar skuad B-23 kendalian E. Elavarasan ke Sukan Asia.

“Pada Mei ini mereka akan pergi ke Kemboja untuk Sukan SEA sebab acara bola sepak akan bermula terlebih dahulu. Satu lagi kejohanan penting Kelayakan Piala Asia B-23 pada September,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya