Tiada keperluan bina stadium baharu – Hannah Yeoh

Tiada keperluan bina stadium baharu – Hannah Yeoh

HANNAH Yeoh (tengah) ketika melawat Stadium Nasional, Bukit Jalil, Disember lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan tidak bercadang membina stadium baharu di mana-mana negeri, sebalik­nya mahu memberi fokus kepada usaha membaik pulih kemudahan sukan yang sedia ada.

Menterinya Hannah Yeoh berkata, pertindihan acara yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang sering menjadi kekangan bukan alasan untuk membolehkan venue baharu dibina khusus untuk bola sepak.

Hannah berkata, pihaknya lebih mementingkan untuk menaik taraf stadium termasuk membaik pulih venue sukan lain bagi memastikan tidak berdepan masalah apabila mengadakan sebarang acara sukan.

KEADAAN Stadium Nasional Bukit Jalil apabila pentas konsert artis Taiwan, Jay Chou dipasang menjelang separuh akhir Piala AFF.

“Kita lihat bukan sahaja stadium utama tapi kami nak pastikan tanggungjawab kerajaan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bersama-sama membina sukan.

“Keutamaan kami bukan asyik membina, tapi bagaimana untuk uruskan naik taraf dan seliaannya.

“Pada masa sama, kami tiada rancangan asyik bina stadium. Kalau tengok di negeri lain, asyik bina stadium ketika ­Sukma (Sukan Malaysia) tapi penyeliaannya agak sukar.

“Jadi kami tiada perancangan erus membina (stadium) dan lebih baik gunakan venue sedia ada,” katanya.

Sebelum ini, aksi Piala AFF yang berlangsung di SNBJ sedikit terganggu membabitkan pemasangan pentas pentas konsert Jay Chou hingga skuad Harimau Malaya ‘kehilangan’ 21,000 penyokong.

Situasi berkenaan menyebabkan timbul cadangan pihak tertentu supaya kerajaan membina satu lagi stadium khusus untuk perlawanan bola sepak selain boleh digunakan sebagai alternatif lain untuk penganjuran aktiviti lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya