Terengganu FC masih belum dapat lampu hijau guna stadium

Terengganu FC masih belum dapat lampu hijau guna stadium

STUART RAMALINGAM (dua dari kiri) ketika menandatangani perjanjian penajaan antara Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tinggal beberapa hari sahaja lagi sepak mula Liga Malaysia (Liga M) akan bermula namun, pasukan Terengganu FC masih belum mendapat lampu hijau untuk menggunakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai venue tuan rumah.

Situasi itu berlaku selepas sehingga kini Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sehingga kini masih belum menerima surat daripada pihak ketiga yang perlu dihantar oleh Terengganu FC untuk membolehkan stadium berkenaan digunakan untuk aksi Liga M.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya tetap optimis perkara itu dapat diselesaikan oleh Terengganu FC sebelum stadium berkenaan boleh digunakan bagi pasukan berkenaan menjadi tuan rumah.

“Kita ada sehari dua lagi dan saya juga sudah berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif mereka dan saya percaya dia akan dihantar. Ia melibatkan surat daripada pihak ketiga yang diperlukan dari Terengganu FC, di peringkat kelab tiada apa-apa masalah.

“Terengganu juga akan bermain di tempat lawan dua perlawanan pertama. Jadi, saya rasa tiada masalah dan masih ada masa untuk Terengganu FC untuk hantar surat berkenaan, pihak ketika ini kita merujuk kepada kerajaan negeri,” katanya.

Ketika ditanya butiran surat pihak ketiga itu dan adakah ia berkaitan dengan Sijil Layak Menduduki (CF), Stuart enggan mengulas lanjut dan memilih untuk memberi peluang kepada Terengganu FC untuk menjawab tentang butiran surat berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Stuart berkata, status terkini Stadium Perak sama ada akan dapat digunakan untuk aksi sebelah malam membabitkan pasukan Perak FC menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC pada 26 Februari akan diketahui hari ini.

“Untuk Stadium perak, saya sudah berhubung dengan CEO Bobie (Farid Shamsudin) tentang isu yang tular dan betul ada kes kecurian kabel tetapi hanya melibatkan satu tiang lampu sahaja.

“Sekarang proses baik pulih sedang giat dijalankan dan ada kemungkinan perlawanan akan dilangsungkan mengikut jadual. Tiada siapa yang minta perkara ini berlaku dan kita akan pastikan perlawanan pertama ini akan berlangsung seperti yang dijadualkan.

“Kita ada beberapa cadangan lain (sekiranya proses baik pulih lambat) namun, saya tidak boleh buat sebarang spekulasi. Keutamaan kita adalah pastikan perlawanan ikut jadual,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya