Ten Hag kecewa United bermula buruk

Ten Hag kecewa United bermula buruk

JADON Sancho (kiri) dan Marcus Rashford mengetuai kebangkitan Manchester United.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag kecewa dengan permulaan yang ‘tidak boleh diterima’ ketika pasukannya seri 2-2 menentang kelab tanpa pengurus, Leeds United, malah ketinggalan 0-2 di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris pagi tadi.

Leeds memecat Jesse Marsch pada Isnin lalu selepas mengharungi tujuh perlawanan tanpa kemenangan.

Pengurus sementara, Michael Skubala hanya mempunyai 20 minit untuk mengendalikan latihan dan melakukan persiapan bagi menghadapi United.

Mereka bermula amat baik dan hampir melakar kemenangan pertama ke atas Red Devils sejak 2010.

Wilfried Gnonto memberikan Leeds permulaan sempurna seawal minit pertama dan gol sendiri Raphael Varane menggandakan kelebihan mereka di awal babak kedua.

Gol ke-20 Marcus Rashford musim ini mencetus kebangkitan United sebelum jaringan pertama Jadon Sancho sejak September melebarkan rentetan tanpa kalah Red Devils di laman sendiri kepada 16 perlawanan.

“Anda boleh kata kami bermain bagus kerana berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk mengutip satu mata.

“Bagaimanapun dalam aspek lain, apabila anda memulakan aksi menentang pasukan jiran seperti mana kami lakukan, ia tidak boleh diterima.

“Anda perlu bersedia untuk bertarung dan kami tidak menunjukkan perkara itu hari ini,” kata Ten Hag.

Satu mata menyebabkan United yang masih di kedudukan ketiga, ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Arsenal walaupun bermain lebih dua perlawanan.

Keputusan seri amat penting buat Leeds, yang kini satu mata di atas zon penyingkiran.

United amat merasai kehilangan Casemiro di bahagian tengah akibat penggantungan yang memberikan peluang Leeds melakukan serangan balas pantas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.