Tak guna naturalisasi standard tempatan

Tak guna naturalisasi standard tempatan

SAFAWI Rasid (dua, kanan) berharap pemain yang diberi keistimewaan sebagai naturalisasi Harimau Malaya haruslah menunjukkan prestasi lebih tinggi daripada anak tempatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tidak guna pemain naturalisasi sama ­seperti pemain tempatan”.

Itu pandangan tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid menerusi temu bual bersama portal Thailand, Main Stand.

Jelas pemain berusia 25 tahun itu, kehadiran pemain natura­lisasi tidak memberi sebarang kelebihan buat jika keupayaannya seperti individu tempatan, sepatutnya kehadiran mereka mampu membantu meningkatkan kualiti permainan sesebuah pasukan.

“Bagi saya, jika mereka datang membantu pasukan dan kehadiran mereka jika bagus serta mampu mengikut apa yang ditunjuk oleh jurulatih tidak menjadi masalah.

“Namun, jika mereka (naturalisasi) hadir dengan memiliki kekuatan seperti pemain tempatan tidak akan memberi sebarang makna.

“Kehadiran pemain naturalisasi perlulah lebih baik daripada pemain tempatan,” katanya.

SAFAWI Rasid kini beraksi dalam Liga Thailand bersama Ratchaburi FC.

Dalam masa sama, Safawi mengakui kehadiran penyokong Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) banyak membantu meningkatkan moral pemain untuk beraksi lebih baik.

“Penyokong Harimau Malaya sememangnya ‘gila-gila’ mereka sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan seperti yang anda pernah lihat sebelum ini,” ujarnya.

Kapten Harimau Malaya itu, yang kini bermain bersama Ratchaburi FC dalam saingan Liga Thailand pada pertengahan bulan lalu semakin diterima peminat di negara tersebut.

Safawi dipinjamkan daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) selama semusim untuk mengisi kuota import ASEAN bersama tiga pemain Myanmar, Myo Min Latt, Nanda Kyaw dan Hein Phyo Win.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya