Stadium Sultan Ibrahim 'rumah baharu' Harimau Malaya?

Stadium Sultan Ibrahim ‘rumah baharu’ Harimau Malaya?

Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri mungkin menjadi ‘rumah sementara’ Harimau Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Stadium Sultan Ibrahim kemungkinan besar akan menjadi ‘rumah sementara’ Harimau Malaya untuk aksi persahabatan tahun ini selepas ­Stadium Nasional Bukit Jalil dalam proses baik pulih padang.

Stadium berkenaan yang terletak di Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor merupakan stadium rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk menggunakan teknologi tinggi.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, selain Stadium Sultan Ibrahim, ada tiga lagi stadium lain yang boleh dipertimbangkan oleh FAM untuk kegunaan Harimau Malaya dalam aksi persahabatan.

NOOR AZMAN RAHMAN

“Kemungkinan besar (Harimau Malaya) akan bermain di Stadium Sultan Ibrahim. Stadium Terengganu (Stadium Sultan Sultan Mizan Zainal Abidin), Stadium Negeri Batu Kawan dan Stadium Hang Jebat juga dalam pertimbangan.

“Stadium terbaik setakat ini adalah Stadium Sultan Ismail…Johor ada buat tawaran dan ne­geri lain juga ada yang tawarkan,” katanya selepas mengha­diri Majlis Pelancaran Barangan Rasmi Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) 2023 semalam.

Stadium Sultan Ismail yang dirasmikan pada 22 Februari 2020 dan menelan kos pembinaan sebanyak RM200 juta dan mampu memuatkan 40,000 penonton dalam satu masa.

Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan stadium tersebut sebagai venue alternatif untuk kegunaan skuad Harimau Malaya.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, tawaran itu bagi membolehkan pasukan kebangsaan melangsungkan perlawanan bertaraf antarabangsa ketika Stadium Nasional Bukit Jalil dalam proses baikpulih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.