Safee harap ramai jurulatih tempatan menonjol dalam Piala MFL

Safee harap lebih ramai jurulatih tempatan menonjol dalam Piala MFL

Safee Sali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali mengharapkan Piala Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mampu menjadi medan untuk semua pihak pihak, bukan sahaja pemain bawah 23 tahun negara memperagakan kebolehan diri, tetapi dalam masa yang sama, melahirkakan lebih ramai jurulatih tempatan yang baharu untuk menguruskan pasukan.

Ia peluang yang terbaik untuk jurulatih tempatan untuk memasarkan diri mereka dengan menunjukkan kepakaran merencanakan strategi terbaik membentuk pasukan masing masing.

“Piala MFL mempunyai struktur tersendiri yang saya rasa sangat baik sebagai kesinambungan pembangunan pemain-pemain muda selepas Piala Presiden dan Piala Belia.

“Pemain-pemain ini mampu meneruskan kerjaya mereka pada pentas B-23 tahun dan dalam masa sama, saya rasa Piala MFL mampu menjadi medan kepada jurulatih muda mencipta nama.

“Saya harap Piala MFL mampu berkembang dengan baik sekali gus menjadi medan yang kompetitif dalam kita melahirkan pemain muda yang berkualiti,” jelas Safee.

Di bawah format Piala MFL yang menjadi platform kepada pemain B-23 itu, semua pasukan boleh mendaftarkan lima pemain senior tempatan melebihi umur (lahir sebelum tahun 2000) dan tiga pemain import pada sesuatu perlawanan dengan pasukan diberikan beberapa pilihan bagi menggunakan pemain senior dan import.

Daripada lima pemain senior tempatan yang didaftarkan, hanya tiga sahaja boleh bermain secara serentak jika pasukan tidak menurunkan pemain import.

Jika dua pemain senior tempatan diturunkan, pasukan hanya dibenarkan menggunakan seorang pemain import semasa perlawanan berlangsung.

Jika setiap pasukan menggunakan kuota dua import yang dibenarkan semasa perlawanan berlangsung, hanya seorang sahaja pemain senior dibenarkan dalam senarai 11 pemain di atas padang.

Manakala bagi kuota import, pasukan boleh mendaftarkan tiga pemain dalam skuad dengan dua sahaja dibenarkan bermain semasa permainan berlangsung dan seorang lagi sebagai pemain gantian.

Namun jika setiap pasukan menggunakan kuota dua import yang dibenarkan semasa perlawanan berlangsung, hanya seorang sahaja pemain senior dibenarkan dalam senarai 11 pemain di atas padang.

Manakala baki seorang lagi pemain import hanya boleh masuk selaku pemain gantian kepada pemain import yang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya