Real Madrid tidak pandang Al-Hilal sebelah mata

Real Madrid tidak pandang Al-Hilal sebelah mata

CARLO Ancelotti (kanan) memantau latihan Real Madrid menjelang pertemuan menentang Al-Hilal dalam perlawanan akhir Piala Dunia Kelab di Stadium Putera Moulay Abdellah,Rabat, Maghribi esok. - IHSAN REAL MADRID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Pengendali Real Mad­rid, Carlo Ancelotti menegaskan, Al-Hilal lawan yang perlu dihormati apabila kedua-dua pasukan berentap dalam perlawanan akhir Piala Dunia Kelab awal pagi esok.

Biarpun diletak sebagai pili­han utama untuk merangkul kejuaraan kelima selepas membelasah kelab Mesir, Al Ahly 4-1 pada separuh akhir, Ancelotti percaya, kejayaan Al-Hilal mengejutkan gergasi Brazil, Flamengo 3-2 membuktikan mereka pasukan berbahaya.

“Kami menentang pasukan yang memenangi separuh akhir dengan bermain baik.

“Kami perlu menghormati pasukan ini. Mereka mempunyai pemain yang bagus dan bermain baik secara kolektif.

“Mereka akan teruja untuk bermain di final dan begitu juga kami,” kata Ancelotti.

Real memenangi empat daripada lima perlawanan akhir sebelum ini, manakala Al-Hilal yang terkenal dengan julukan Blue Waves bertanding dalam final Piala Dunia Kelab buat kali pertama.

PEMAIN Al Hilal menjalani persiapan akhir semalam untuk menghadapi Real Madrid dalam final Piala Dunia Kelab. – IHSAN AL HILAL

Empat tahun selepas menjulang kejuaraan terakhir, Real berada di landasan untuk menjuarainya sekali lagi di Stadium Putera Moulay Abdellah di Rabat, Maghribi.

Ketika ini, tiada mana-mana pasukan berjaya menang lebih 10 perlawanan atau menjaringkan lebih 32 gol daripada Real dalam sejarah kejohanan.

Selain itu, Ancelotti juga mengintai peluang menyamai rekod Pep Guardiola sebagai pengurus paling berjaya dalam sejarah pertandingan itu de­ngan tiga kejuaraan.

“Pemain kami belum pulih sepenuhnya, (Karim) Benzema bermain agak baik tetapi terdapat banyak keraguan tentang Militao.

“Dani Carvajal terlepas separuh akhir kerana demam, manakala Marco Asensio diketepikan kerana masalah otot,” kata Ancelotti.

Sementara itu, Ah-Hilal yang sudahpun memahat ­sejarah sebagai kelab Arab Saudi pertama mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Kelab berada pada keadaan terbaik untuk melakar kejutan ke atas juara Eropah 14 kali itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN