Real Madrid bangkit untuk aibkan Liverpool di Anfield

Real Madrid bangkit untuk aibkan Liverpool di Anfield

Penyerang Real Madrid, Vinicius Jr berjaya meledak dua gol ketika pasukannya membenam Liverpool dalam aksi pusingan 16 terbaik Liga Juara Juara Eropah di Anfield sebentar tadi. (Foto: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pasukan Liverpool menerima kekalahan memalukan di laman sendiri dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah selepas dibenam juara bertahan, Real Madrid dengan keputusan 2-5 di Stadium Anfield sebentar tadi.

Liverpool bermula dengan cemerlang apabila mendahului gergasi Sepanyol itu seawal minit keempat permainan menerusi jaringan Darwin Nunez.

Skuad kendalian Jurgen Klopp menggandakan jaringan sepuluh minit kemudian apabila Mohamed Salah memanfaatkan peluang selepas penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois gagal untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, sekaligus menggamatkan sorakan ribuan penyokong tuan rumah di stadium.

Real Madrid berusaha untuk merapatkan jurang, dan mereka berhasil untuk memperoleh gol pertama menerusi Vinicius Junior pada minit ke 21 apabila berjaya menampan bola selepas penjaga gol tuan rumah, Alisson turut mengulangi kesilapan sama dilakukan Courtois.

Jaringan itu menyemarakkan semangat barisan pemain Galaticos dan mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan, sekali lagi menerusi Vinius Junior pada minit ke 36.

Pelawat semakin garang dan ampuh di babak kedua, dan mereka hanya memerlukan dua minit selepas permainan dimulakan semula menerusi Eder Militao yang menanduk masuk sepakan percuma yang diambil oleh Luka Modric.

Minit ke 55, giliran Karim Benzema pula menghukum benteng pertahanan Liverpool dengan merembat kencang untuk menghasilkan gol keempat pelawat dalam perlawanan ini.

Liverpool semakin longlai apabila penyerang Perancis itu meledak pada minit ke 67, sekaligus memberikan kemenangan selesa buat Real Madrid menjelang aksi kedua pusingan 16 terbaik di Santiago Bernabeu pada 16 Mac depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.