Persaingan untuk memiliki United sengit

Persaingan untuk memiliki United sengit

SIAPA bakal memiliki Manchester United?
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengasas Kumpulan Ineos, Sir Jim Ratcliffe muncul individu baru menghantar bidaan rasmi untuk membeli Manchester United daripada keluarga Glazer selepas hartawan Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al Thani mengemukakan tawaran 4.5 bilion pound (RM24 bilion).

Ratcliffe, 70, lelaki paling kaya di Britain telah mendapatkan khidmat firma gergasi di Wall Street, JP Morgan dan Goldman Sachs bagi membantunya dalam proses bidaan.

Menurut Athletic, sumber dalaman menjelaskan tujuan Ratcliffe untuk memiliki Manchester United adalah untuk kembali meletakkan pasukan itu di tempat asalnya jika proses bidaan berjaya.

Ratcliffe bukan asing dalam urusan pemilikan kelab apabila pernah membeli sebuah pasukan Switzerland, FC Lausanne-Sport dan dua tahun kemudian dia berjaya memiliki kelab Pe­rancis, Nice dengan nilai 91 juta pound (RM485 juta) pada 2019.

“Saya peminat setia Manchester United. Saya pernah berada ketika mereka melakar keputusan menakjubkan menentang Barcelona pada 1999, dan perlawanan itu masih segar dalam ingatan saya.

“United kini dimiliki keluarga Glazer. Saya pernah bertemu Joel dan Avram, mereka insan yang baik, boleh saya katakan, orang yang berbudi bahasa.

“Mereka tidak mahu menjualnya (Manchester United). Jika ia dijual pada musim panas lalu, mungkin kami akan cuba untuk mendapatkannya susulan apa yang berlaku di kem Chelsea, tetapi kita tidak boleh hanya tunggu dan lihat dan mengharapkan Manchester United akan dilelong suatu hari nanti,” jelas Ratcliffe.

Kelab berharap proses penjualan pasukan dapat dimuktamadkan menjelang penghujung bulan depan dengan Ratcliffe dan Al Thani akan bersaing hebat bagi menentukan siapa bakal menjadi pemilik kelab bola sepak terkenal di dunia itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya