Perak FC ikat tiga 'Oppa Korea' untuk musim 2023

Perak ikat tiga ‘Oppa Korea’ untuk musim 2023

TIGA pemain import Korea Selatan yang dibawa masuk Perak FC musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC mengikat tiga pemain Korea Selatan dalam usaha memantapkan lagi pasukan itu bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M) 2023 yang akan memuka tirai, Jumaat ini.

Tiga pemain itu ialah Sim Hyunki, Seo Seonung dan Lee Joohan.

Seorang daripada mereka akan beraksi dalam Liga Super, manakala dua lagi dalam pasukan bawah 23 tahun (B-23).

Pengerusi XOX, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi mengesahkan mengenai langkah Bos Gaurus mengambil masing-masing seorang penyerang, pemain tengah dan pertahanan.

“Mereka sudah ikat kontrak selama setahun dengan Perak FC minggu lalu dan boleh diturunkan dalam perlawanan sulung nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Perak akan membuka kempen Liga Super 2023 bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC di Ipoh, Sabtu ini.

Mengenai sasaran, pemilik Perak FC, XOX Berhad tidak meletakkan sasaran tinggi buat pasukan itu dalam kancah Liga Super 2023

Abdul Azim berkata, sasaran mereka ialah menamatkan cabaran di bahagian tengah liga.

“Kita kena realistik terhadap kemampuan pasukan, ini pasukan baharu, jadi kita kena beri masa dan peluang kepada pemain, ” katanya.

Menurutnya, ketika mengambil alih Perak FC pada 2021, XOX menetapkan tiga sasaran.

“Pertama ialah menyelesaikan segala hutang piutang. Ia berjaya dilaksanakan dalam tempoh lebih awal daripada ditetapkan.

“Kini kami di fasa kedua iaitu pembinaan semula pasukan dengan pengambilan pemain muda untuk digembling tenaga dengan pemain senior.

“Kami juga mendapatkan khidmat jurulatih baharu iaitu (Datuk) Lim Teong Kim.

“Untuk beberapa musim ini memang kami tidak mengharapkan pencapaian cemerlang, cukuplah jika mampu berada dipertengahan carta kali ini.

“Selepas ini baharulah kita buat percaturan habis-habisan, ” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya