Penang FC jinakkan Selangor

Penang FC jinakkan Selangor

FAISAL Halim (kiri) melakukan hantaran jauh kepada rakan sepasukannya pada aksi persahabatan menentang Penang FC di Stadium Negeri Batu Kawan, malam ini.-IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penang FC tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan 2-1 ke atas Selangor FC sekali gus muncul juara Piala Harapan 2023 di Stadium Negeri Batu Kawan, malam ini.

Turun sebagai pelawat, Red Giants terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-25 menerusi rembatan kencang Mukhairi Ajmal.

Kedudukan itu kekal sehingga tamat babak pertama namun babak kedua anak buah Manzoor Azwira mula mempamerkan kebangkitan.

Gol yang ditunggu-tunggu penyokong Penang FC, akhirnya hadir pada minit ke-75 menerusi Soony Saad atau nama penuhnya Hassan Ali Saad.

Sonny sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-88 apabila sepakan sudutnya berjaya menewaskan penjaga gol Selangor, Samuel Somerville.

Lebih manis Sonny turut dinobatkan sebagai penjaring terbanyak selepas mencetak tiga gol sepanjang aksi perlawanan Piala Harapan 2023 bermula Khamis lalu.

Kejohanan Piala Harapan 2023 yang dianjurkan Penang FC dengan format kalah mati itu mengumpulkan empat pasukan termasuk Kedah Darul Aman FC dan pasukan Singapura, Geylang International FC.

Terdahulu, Sang Kenari meraih tempat ketiga selepas menundukkan Geylang 2-1, petang tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya