Orozco lengkapkan barisan import Gergasi Merah

Orozco lengkapkan barisan import Gergasi Merah

Orozco import terbaharu dan terakhir Selangor FC untuk musim 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain tengah dari Venezuela, Yohandry Jose Orozco Cujía diumumkan sebagai pemain import terakhir Selangor FC untuk Liga Malaysia (Liga M) musim 2023.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe berkata, pemain yang lebih dikenali sebagai Orozco dan berusia 31 tahun itu mempunyai kelebihan yang dapat membantu menstabilkan pasukan pada musim ini.

“Kelebihan Orozco, dia memiliki kawalan bola yang sangat baik dan dalam masa sama mampu membantu rakan-rakan pasukan mendapatkan jaringan.

“Dia juga mampu menyempurnakan ‘set pieces’ dengan baik, saya harap kelebihannya akan terlihat di padang nanti,” kata Cheng Hoe dalam portal rasmi Selangor FC.

Orozco adalah rekrut ketujuh dan terakhir yang diperkenalkan untuk membarisi pasukan utama selepas Selangor FC memperkenalkan Ayron Del Valle, Ahmad Khuzaimi Piee, V Ruventhiran, Mohamad Faisal Abdul Halim, Noor Al-Rawabdeb dan Rauf Salifu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN