Newcastle mahu memahat sejarah lebih hebat

Newcastle mahu memahat sejarah lebih hebat

PEMAIN Newcastle meraikan kejayaan melangkah ke perlawanan akhir Piala Liga selepas menumpaskan Southampton pada separuh akhir kedua di St. James Park semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEWCASTLE: Eddie Howe mahu Newcastle United terus memahat sejarah selepas melangkah ke perlawanan akhir Piala FA buat kali pertama dalam tempoh 47 tahun.

Dua ja­ri­ngan Sean Longstaff membantu The Magpies menumpaskan Southampton 2-1 pada separuh akhir ke­dua semalam, sekali gus mara ke final secara agregat 3-1.

Mereka dijangka bertemu Manchester United di Wembley pada 26 Februari.

Kali terakhir Newcastle ­melayakkan diri dalam perlawanan akhir merebut piala (semua pertandingan) adalah pada Piala FA 1999, di mana mereka tewas kepada United.

“Anda perlu memasuki ­per­lawanan akhir kejohanan untuk meningkatkan status dan menjadikan Newcastle kelab yang mampu memikat nama besar.

“Kelab ini sedang meningkat. Ia perlawanan sengit. Ketika 2-0, kami bermain sangat baik.

“Sekarang, kami selangkah untuk memenangi trofi, kami mahu memahat sejarah menjuarainya,” kata Howe.

SEAN Longstaff (kanan) meraikan jaringannya bersama Kieran Trippier.

Newcastle yang tidak pernah menjuarai Piala Liga, me­nyasarkan untuk memenangi trofi domestik pertama sejak ­Piala FA 1955 dan gelaran ter­akhir mereka ialah Piala Antara Bandar 1969.

Sementara itu, Longstaff berkata, kejayaan mara ke final kejohanan domestik pertama abad ini satu lagi petanda kebangkitan Newcastle.

“Ia menakjubkan. Jika anda berkata kepada sesiapa 12 ­bulan lalu apa yang akan berlaku, mereka pasti akan ketawa.

“Sejak pengambilalihan ke­lab (jutawan Arab Saudi), kami membawa masuk pemain ber­kualiti.

“Ia sangat ­istimewa dan emosi buat saya selepas melihat apa yang kami bina di sini,” kata Longstaff. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya