MotoGP 2022 musim terburuk pengeluar Jepun

MotoGP 2022 musim terburuk pengeluar Jepun

Fabio Quartararo memenangi tiga perlumbaan bersama Yamaha tahun lalu untuk muncul naib juara MotoGP dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Daripada segi memena­ngi perlumbaan, pengeluar Jepun mengalami musim terburuk dalam era MotoGP, tahun lalu.

Fabio Quartararo dan Yamaha meraih tiga kemenangan untuk bergelar naib juara dunia di belakang Francesco Bagnaia, dengan Alex Rins menambah dua kemenangan bersama Suzuki.

Begitupun buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun, Honda mengharungi kempen tanpa kemenangan, manakala baki 15 perlumbaan lain ditakluk oleh pengeluar Eropah iaitu Ducati (12), KTM (2) dan Aprilia (1).

Dengan Suzuki meninggalkan sukan itu dan pasukan RNF beralih kepada Aprilia, kini hanya terdapat tiga pasukan yang disokong Jepun pada grid tahun ini iaitu Repsol, LCR Honda dan Monster Yamaha.

Di sebalik kejayaan pa­sukan Eropah yang semakin meningkat, pengeluar Jepun masih menguasai senarai pemenang dengan ­meraih 19 daripada 21 gelaran MotoGP sejak era empat lejang moden bermula, kecuali Casey Stoner pada 2007 (Ducati) dan kini Bagnaia.

Bagnaia menjangkakan cabaran lebih kuat daripada gergasi Jepun pada 2023, namun pelumba Itali yang merangkul kejuaraan dunia dengan tujuh kemenangan musim lalu memberi amaran bahawa Ducati akan terus meningkatkan prestasi.

FRANCESCO Bagnaia merangkul kejuaraan MotoGP dunia bersama Ducati.

“Ikhlas ya…Tetapi saya mengharapkan lebih banyak prestasi daripada kami,” kata Bagnaia ketika ditanya sama ada dia menjangkakan pengeluar Jepun akan lebih kukuh tahun ini.

Mengenai mengapa momentum MotoGP telah beralih ke Eropah, Bagnaia berkata, berlaku pembangunan teknologi motosikal di Eropah.

“Orang Eropah mempunyai cara yang berbeza untuk bekerja. Sebaik sahaja mereka mempunyai perkara baharu, mereka benarkan kami mencuba.

“Bagi orang Jepun pada masa lalu, ini adalah sukar.

“Saya tidak tahu pendekatan Yamaha atau Honda sekarang ­tetapi saya yakin dengan pendekatan orang Eropah, perkembangannya lebih pantas,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.