Milan tambah derita Tottenham

Milan tambah derita Tottenham

AC Milan menewaskan Tottenham dalam saingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Antonio Conte percaya, Tottenham akan bangkit dalam perlawanan kedua di laman sendiri bulan depan selepas tumpas 1-0 kepada AC Milan pada aksi pertama, pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan memasuki pertandingan dalam keadaan tidak bagus, dan kebimbangan yang dirasai penyokong Spurs memuncak di awal permainan.

Brahim Diaz menghukum Tottenham seawal minit ketujuh untuk memberikan kekalahan kedua berturut-turut buat kelab London itu yang kalah 4-1 kepada Leicester dalam aksi terakhir domestik, Sabtu lalu.

“Intensiti perlawanan amat tinggi dan kami menentang pasukan yang bagus. Jangan lupa Milan menjuarai Liga Itali (Serie A) musim lalu.

“Saya fikir untuk gol lawan… ya, kami patut boleh melakukan lebih baik, namun kami berjaya mengawal permainan secara keseluruhan,” kata Conte.

Conte juga lega pasukannya hanya bolos satu gol di San Siro kerana terpaksa menggandingkan Oliver Skipp dan Pape Sarr di bahagian tengah akibat kecederaan Rodrigo Bentancur serta penggantungan Pierre-Emile Hojbjerg.

Skipp dan Sarr beraksi dengan baik dalam keadaan sukar pada penampilan sulung penuh Liga Juara-Juara.

Begitupun, dalam perlawanan yang mencabar, Spurs yang kalah 4-1 kepada Leicester pada aksi Liga Perdana, Sabtu lalu bergelut untuk mematahkan tuan rumah yang degil. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya