Liverpool teruk tapi belum mati

Liverpool teruk tapi belum ‘mati’

REAKSI penjaga gol Liverpool, Alisson selepas Vinicius Jr. meledak gol penyamaan Real Madrid semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Mengakui kecewa dengan aksi Liverpool ketika dimalukan 2-5 oleh Real ­Madrid di Anfield semalam, Jurgen Klopp bagaimanapun menegaskan, kempen pasukannya dalam Liga Juara-Juara belum berkubur.

Reds bermula baik apabila mendahului 2-0 dalam tempoh 15 pertama menerusi Darwin Nunez dan Mohamed Salah, namun dua jaringan Vinicius Jr. membolehkan Real menyamakan kedudukan 2-2 ketika tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, ­Liverpool bertambah parah apabila tandukan Eder Militao serta dua gol Karim Benzema memastikan Real membawa pulang bekalan selesa apabila berentap pada aksi kedua di Santiago Bernabeu, 16 Mac ini.

Kekalahan juga memadam impian besar Klopp untuk membalas kekalahan kepada gergasi Sepanyol itu dalam final, sembilan bulan lalu.

“Saya rasa Carlo (Ancelotti, pengurus Real) pasti menganggap perlawanan sudah berakhir, begitu juga dengan saya.

“Tetapi dalam masa tiga ­minggu, semakin anda hampiri hari perlawanan makin besar peluang, dan makin kurang terasa ia sudah berakhir.

“Malam ini, anda dapat lihat Real handal dalam serangan balas, kami perlu jaringkan tiga gol di sana dan mengambil risiko, ia mungkin agak sukar tetapi belum ­berakhir,” kata Klopp.

Sementara itu, kapten Li­ver­pool, Jordan Henderson ­me­­ngakui, mereka harus me­nyalahkan diri sendiri kerana melakukan kesilapan pertahanan yang membuka peluang kepada jaringan Real.

“Sejujurnya kami gagal! Mereka mempamer kualiti ­per­mainan dan kami sedar perkara itu.

“Apabila anda tidak 100 ­pe­ratus bertahan dengan baik, lawan akan menghukum anda,” katanya.

Liga Juara-Juara satu-satu­nya kejuaraan yang masih boleh ­diburu oleh Reds selepas ter­singkir dari Piala FA dan Piala Liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya