Komputer super pilih City juarai EPL

Komputer super pilih City juarai EPL

MANCHESTER City menjadi pilihan untuk mempertahankan kejuaraan liga buat kali ketiga berturut-turut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Peluang Arsenal untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama selepas 19 tahun berkurangan kepada 34 peratus ekoran kekalahan 1-3 kepada Manchester City di laman sendiri, Khamis lalu.

Itu ramalan yang dilakukan super komputer yang dikenali sebagai FiveThirtyEight yang meramalkan City akan mempertahankan kejuaraan.

FiveThirtyEight meletakkan peluang City untuk me­rangkul kejuaraan hatrik adalah 62 peratus selepas memintas Arsenal di kedudukan pendahulu liga dengan berkongsi 51 mata, namun di­pisahkan oleh perbezaan gol.

Arsenal yang memiliki ke­lebihan satu perlawanan akan bertandang ke Aston Villa hari ini dalam usaha merampas takhta, manakala City berkunjung ke Nottingham Forest.

KEKALAHAN kepada Manchester City  kelmarin menyebabkan peluang Arsenal untuk menjuarai Liga Perdana susut kepada 34 peratus.

Ketika liga berbaki 15 perlawanan, skuad bimbingan Erik ten Hag itu kini lima mata ditinggalkan dua pasukan teratas, kedudukan yang masih membolehkan mereka mengejar. 

Newcastle yang yang menunjukkan peningkatan drastik selepas dibeli oleh hartawan Arab Saudi dijangka menamatkan kempen di tangga keempat, slot terakhir untuk ke Liga Juara-Juara musim depan. 

FiveThirtyEight meramalkan Brighton akan mengakhiri musim di tempat kelima, Tottenham tempat keenam dan Liverpool ketujuh.

Chelsea pula dijangka menduduki tempat kelapan dan menyamai mata dengan Brentford di tangga kesembilan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya