Klinsmann Ketua Jurulatih Korea Selatan

Klinsmann Ketua Jurulatih Korea Selatan

JURGEN KLINSMANN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Jurgen Klinsmann yang pernah menjulang Piala Dunia sebagai pemain dan membawa Jerman melayakkan diri ke separuh akhir selaku jurulatih dilantik sebagai Ketua Jurulatih Korea Selatan dengan kontrak sehingga 2026.

Berusia 58, Klinsmann yang pernah menjadi pengurus Jerman dan Amerika Syarikat (AS) dijangka tiba di Seoul, minggu depan dan bakal mengendalikan aksi persahabatan berdepan Colombia pada 24 Mac, kata Persatuan Bola Sepak Korea (KFA), hari ini.

Klinsman yang pernah menjulang Piala Dunia sebagai pemain Jerman pada 1990, telah bersetuju dengan perjanjian selama tiga setengah tahun.

Kontrak Klinsmann akan membawanya  ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 yang diadakan di Kanada, Mexico dan AS.

“Saya sangat gembira dan berbesar hati untuk mengikuti jejak jurulatih hebat yang telah membimbing skuad kebangsaan Korea, daripada Guus Hiddink kepada bekas jurulatih Paulo Bento.

“Saya tahu bahawa skuad kebangsaan Korea telah meningkat dan mencapai keputusan dalam tempoh yang lama.

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk mencapai keputusan yang berjaya dalam Piala Asia dan Piala Dunia 2026 akan datang,” kata Klinsmann yang telah meledak 47 gol dalam 108 perlawanan bersam Jerman. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN