Kelab harus bersedia

Kelab harus bersedia

Stuart Ramalingam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengingatkan kelab-kelab Liga Malaysia untuk bersedia melakukan penswastaan sepenuhnya.

Pengelola liga tempatan itu, menyedari bahawa, ia masa yang sesuai proses penswastaan sepenuhnya dilaksanakan selepas ditangguh kerana pandemik Covid-19 melanda negara.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, mesyuarat jawatankuasa ‘Pro Football Task Force’ akan diadakan tidak lama lagi untuk membincangkan secara terperinci berkaitan fasa tiga dan empat penswastaan yang perlu diikuti setiap kelab bola sepak dalam tempoh masa diberikan.

“Proses penswastaan kelab bola sepak di Malaysia akan melalui empat fasa di mana, MFL sudah melengkapkan dua fasa pada 2020 dan kelab bola sepak yang sudah diswastakan telah menyertai Liga Super dan Liga Perdana pada 2021 dan 2022.

“Daripada 14 kelab Liga Super yang mengambil bahagian dalam saingan musim ini, 10 kelab memiliki pegangan saham majoriti di bawah pegangan saham individu dan empat kelab bola sepak memiliki perkongsian majoriti di bawah Persatuan Bolasepak Negeri masing-masing.

“Fasa tiga dan empat penswastaan kelab bola sepak sepatutnya bermula pada 2021 dan 2022 bagaimanapun disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara, kami terpaksa menangguhkan proses ini bagi memastikan kelab-kelab dapat mengatasi cabaran ketika itu.

“Kami telah menubuhkan Pro Football Task Force yang melibatkan pengerusi dan ahli bebas untuk memantau perkembangan penswastaan kelab bola sepak bagi fasa tiga dan empat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya