JDT sedia mengganas, Terengganu FC tenang

JDT sedia mengganas, Terengganu FC tenang

PERTAHANAN JDT, Jordi Amat (dua, kiri) bersama kapten Terengganu FC, Shahrul Nizam Roshasni (dua, kanan) memegang Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang menjadi rebutan dalam perlawanan pembukaan Liga Malaysia 2023 malam ini. Turut sama di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam, penolong jurulatih JDT, Pablo Ricchetti (kiri) dan jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) yakin mempunyai kekuatan di semua posisi dari gawang, pertahanan, tengah hinggakan serangan untuk menjinakkan Terengganu FC malam ini, sekali gus memulakan kempen Liga Malaysia (Liga M) 2023 de­ngan mendakap Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Kepulangan semula penyerang berbisa, ­Diogo Luis Santo menjadikan Harimau Selatan cukup menggerunkan.

Gandingannya bersama penjaring terba­nyak musim lalu, Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri bakal memberi kekuatan luar biasa buat Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim.

“Ketika perlawanan pramusim yang lalu, pasukan kami telah beraksi pada tahap tinggi de­ngan permainan intensiti tinggi, cuma ada sedikit ruang yang perlu diperbaiki.

“Kita mempunyai ramai pemain berkualiti termasuk muka baharu yang menyertai pasukan musim ini. Saya percaya siapa yang diturunkan mampu melaksanakan tugas de­ngan baik bagi menambah trofi untuk pasukan,” kata Penolong Jurulatih JDT, Pablo Ricchetti.

Bagi Ketua Jurulatih Sang Penyu, Tomislav Steinbruckner, perhatian berlebihan yang diberikan kebanyakan peminat dan pemerhati bola sepak kepada JDT adalah perkara baik buat pasukannya untuk turun tanpa tekanan dan beraksi lebih tenang.

Pengendali kelahiran Croatia itu optimis mampu memberi saingan di tempat lawan dan memenangi aksi Sumbangsih buat kali pertama sejak 2001.

“Kita sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi perlawanan pembuka tirai, malah aksi pramusim di Thailand berjalan lancar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.