Guardiola garu kepala lihat Man City diikat seri dengan Nottingham

Guardiola garu kepala lihat Man City diikat seri dengan Nottingham

Pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan (kiri) sedang melepasi kawalan ketat pemain Nottingham Forest dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium City Ground sebentar tadi. (Foto: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NOTTINGHAM: Manchester City hanya mampu menyalahkan diri sendiri ketika berkunjung ke Stadium City Ground apabila hanya mampu membawa pulang satu mata sahaja selepas diikat tuan rumah, Nottingham Forest dengan keputusan 1-1.

Kehadiran City tidak diberikan laluan mudah oleh tuan rumah apabila skuad kendalian Steve Cooper itu berjaya bertahan sebaik mungkin, dan sekali sekala melancarkan serangan balas ke arah kubu City.

Penantian City untuk meraih gol berakhir menerusi jaringan Bernando Silva yang merembat kencang dari luar kotak penalti Nottingham untuk menewaskan Keylor Navas pada minit ke 41.

Aksi di babak kedua semakin rancak dengan City memperoleh beberapa peluang keemasan untuk menggandakan jaringan, namun mesin gol mereka, Erling Haaland tidak berjaya untuk menemui sasaran.

Kesempatan itu digunakan oleh tuan rumah apabila menerusi satu serangan balas, pemain gantian Chris Wood mudah menampan bola untuk menewaskan Ederson pada minit ke 84 sekaligus menggamatkan sorakan ribuan penyokong di stadium.

Barisan pemain City cuba melakukan protes namun semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati Wood tidak berada dalam kedudukan ofsaid sekaligus mengesahkan gol penyamaan itu.

Keputusan ini meresahkan pengendali Manchester City, Pep Gurdiola untuk perebutan kejuaraan liga setelah pencabar terdekat, Arsenal kembali merampas semula kedudukan pendahulu selepas melakar kemenangan dramatik ke atas Aston Villa sebentar tadi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN