Giliran Tottenham Hotspur malukan Chelsea - Utusan Malaysia

Giliran Tottenham Hotspur malukan Chelsea

Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane berjaya meledak jaringan kedua perlawanan untuk menewaskan Chelsea dengan keputusan 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi. (Foto: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Nasib Chelsea terus malang musim ini, apabila terbaru mereka dimalukan pula jiran setempat, Tottenham Hotspur dalam pertarungan derbi London yang memihak kepada skuad Spurs dengan keputusan 2-0.

Babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi dengan penuh berhati-hati dan tidak banyak percubaan merbahaya dilakukan.

Sejurus babak kedua berlangsung, Chelsea dikejutkan apabila pengadil perlawanan, Stuart Atwell melayangkan kad merah kepada Hakim Ziyech kerana menyangka pemain antarabangsa Maghribi itu menumbuk lawan, Emerson Royal

Bagaimanapun menerusi semakan semula terhadap video bantuan pengadil (VAR), mendapati kesalahan dilakukan Ziyech tidak serius, justeru menukar keputusan untuk menarik kad merah tersebut, sebaliknya memberikan Ziyech kad kuning atas kekasaran dilakukan, sekaligus melegakan kem Chelsea untuk seketika.

Kelegaan itu tidak bertahan lama apabila seminit kemudian, berpunca dari aksi kelam kabut dalam kotak penalti The Blues, pemain tuan rumah, Oliver Skipp berjaya melepaskan satu rembatan kencang untuk menumpaskan Kepa Arrizabalaga bagi memberikan gol pendahuluan perlawanan.

Meskipun Chelsea mengasak, namun pemain bintang mereka yang diterajui Enzo Fernandez gagal untuk mendapatkan jaringan penyamaan, sebaliknya Harry Kane mencuri kesempatan tersebut untuk melebarkan jurang buat tuan rumah dengan gol kedua pada minit ke 82.

Gol tersebut meranapkan sisa perjuangan Chelsea dan memastikan kemenangan mutlak buat Spurs yang kini mendaki tangga keempat liga dengan 45 mata, sementara Chelsea di tangga kesepuluh liga.

Ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut dialami skuad kendalian Graham Potter dengan kali terakhir mereka berjaya merasai kemenangan adalah 15 Januari lalu ketika menewaskan Crystal Palace.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya