City rampas takhta Arsenal

City rampas takhta Arsenal

ERLING HAALAND
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mikel Arteta meratapi kesilapan Arsenal yang menyebabkan pasukannya dihukum oleh Manchester City dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

City memintas kedudukan pendahulu dengan melakar kemenangan 3-1 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Kevin De Bruyne menghukum kesilapan Takehiro Tomiyasu untuk meletakkan City di depan pada minit ke-24.

Sepakan penalti Bukayo Saka menyamakan kedudukan 1-1 di minit ke-42, namun memasuki babak kedua City menenggelamkan Arsenal sepenuhnya hasil jaringan Jack Grealish dan Erling Haaland.

Arteta mengakui, Arsenal dihukum kerana melakukan banyak kesilapan biarpun beraksi di depan penyokong sendiri.

โ€œKami kalah. Ia adalah pertarungan luar biasa antara dua pasukan besar tetapi kami memberikan mereka gol.

“Kami perlu berdepan Manchester City dalam saat genting dan mereka pula lebih baik daripada kami.

“Kami meletakkan diri dalam masalah, di kawasan tertentu di padang kami dikalahkan oleh lawan dan dihukum,” kata pengurus Arsenal itu.

Ini kekalahan kelapan daripada sembilan pertemuan Arteta dengan pengendali City, Pep Guardiola.

Biarpun dipintas oleh City menerusi perbezaan gol, namun Arsenal masih memiliki kelebihan satu perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

ย 

BERITA BERKAITAN