Chelsea tumpul biarpun berbelanja RM3.2 bilion

Chelsea tumpul biarpun berbelanja RM3.2 bilion

PEMAIN Borussia Dortmund, Marius Wolf (kanan) bersaing dengan Kai Havertz dari Chelsea dalam aksi pertama, pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara di Dortmund, Jerman semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas tonggak England, Owen Hargreaves percaya, Chelsea masih berpeluang meneruskan kempen Liga Juara-Juara biarpun tampak ‘gila’ ke­rana tidak memiliki penyerang tengah walaupun sudah ber­belanja 600 juta pound (RM3.2 bilion) pada musim panas lalu.

Skuad bimbingan Graham Potter tewas 1-0 kepada Borussia Dortmund dalam aksi pertama, pusingan 16 akhir di Signal Iduna Park semalam hasil jaringan tunggal Karim Adeyemi.

Hargreaves mengkritik sera­ngan Blues yang tumpul de­ngan hanya meledak empat gol sepanjang 2023 sambil menyifatkan situasi itu sukar diterima kerana mereka tidak membawa masuk penyerang tengah di sebalik perbelanjaan mewah.

“Mereka (Chelsea) ber­belanja 600 juta pound tetapi tidak mempunyai penyerang tengah.

“Perlawanan hari ini mence­ritakan segala-galanya. Mereka memerlukan seseorang yang boleh meletakkan bola ke gawang lawan.

“Jika Chelsea berjaya menyelesaikan masalah penyudah, mereka mampu layak dengan mudah ke pusingan seterus­nya,” kata Hargreaves.

Chelsea yang kini menghuni tangga ke-10 Liga Perdana bakal berdepan tiga aksi domestik menentang Southampton, Tottenham dan Leeds sebelum bertemu Dortmund di London pada 7 Mac depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN