Chelsea buru khidmat Zinedine Zidane

Chelsea buru khidmat Zinedine Zidane

ZINEDINE ZIDANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ahli Lembaga ­Pe­­ngarah Chelsea berminat mendapatkan khidmat legenda Perancis, Zine­dine Zidane bagi menggantikan Graham Potter yang bergelut sejak mengambil alih kelab London itu, September lalu.

Blues melihat Potter sebagai pelantikan jangka panjang tetapi terdapat tekanan yang kian meningkat terhadapnya kerana gagal mencapai keputusan diharapkan.

Menurut sumber, pengurusan tertinggi Chelsea telah melihat profil dan status semasa Zidane serta kejayaannya bersama Real Madrid yang disifatkan sesuai untuk pemain muda di Stamford Bridge.

Mereka menyatakan minat terhadap jurulatih berusia 50 tahun itu yang telah memenangi tiga trofi Liga Juara-Juara sebagai pengurus tetapi tiada tawaran lanjut dibuat pada masa ini.

Terdapat juga laporan bahawa bekas bos Tottenham, Mauricio Pochettino telah menolak tawaran Chelsea.

MAURICIO POCHETTINO

Difahamkan Blues sebelum ini telah memulakan langkah mendapatkan khid­­mat jurulatih dari Argentina itu.

Potter berada di bawah tekanan hebat selepas kelab London itu mengalami rekod terburuk mereka sejak 1995 walaupun telah berbelanja hampir 600 juta pound (RM3.15 bilion) sejak diambil alih oleh konsortium Todd Boehly.

Mereka kini menghuni tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris, malah sekadar memenangi satu daripada 10 perlawanan ­terakhir (semua pertandingan).

Lebih memalukan, Chelsea tewas 0-1 kepada kelab tercorot liga, Southampton di laman sendiri, Sabtu lalu.

GRAHAM POTTER

Pada Jun lalu, Zidane ­ber­cakap mengenai keinginan­ untuk kembali ke pentas peng­urusan selepas meninggalkan gergasi bola sepak Sepanyol, Real buat kali kedua pada 2021.

Zidane membawa Real ­merangkul tiga Liga Juara-Juara berturut-turut dalam tempoh pertamanya bersama kelab itu, serta membimbing mereka memenangi dua gelaran La Liga.

Kerjaya bermain dan pengurusannya yang mengagumkan dilihat sempurna untuk pemain muda di Chelsea tetapi Potter masih dilihat sebagai pelantikan jangka panjang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN