Azrai ledak hatrik bantu TNB belasah TNB Thunderbolts 9-0

Azrai ledak hatrik bantu TNB belasah TNB Thunderbolts 9-0

Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Foto Ihsan Hokita.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Tenaga Nasional Berhad (TNB) kembali bangkit untuk melakar kemenangan dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 apabila membelasah skuad muda, TNB Thunderbolts dengan kemenangan 9-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil sebentar tadi.

Penguasaan penuh skuad kendalian Norsaiful Zaini dapat dilihat apabila mendahului pada dua suku pertama perlawanan dengan keputusan 4-0, menerusi jaringan Faiz Helmi Jali, Syed Syafiq Syed Cholan serta dua gol sumbangan Azrai Aizad Abu Kamal.

TNB tidak mengalah untuk baki dua suku berikutnya apabila terus mengganas dengan lima lagi jaringan dengan Ramadan Rosli, Aminuddin Zain, serta Syafiq dan Azrai meledak, sebelum Hafiz Zainol menutup hari gemilang TNB dengan jaringan kesembilan pasukan.

Azrai kini menerajui senarai penjaring terbanyak selepas 2 perlawanan dengan keseluruhan empat gol, dengan tiga daripadanya dihasilkan menerusi jaringan padang.

Lebih manis, rakan sepasukan yang juga kapten TNB, Syed Syafiq Syed Cholan mengekori rapat dengan tiga gol yang kesemuanya dihasilkan menerusi pukulan sudut penalti.

“Pemain nampak sudah berjaya memperbaiki beberapa kesilapan berbanding menentang THT (Terengganu Hockey Team) tempohari, dan nampak hari ini Azrai amat tajam di hadapan gol, namun kesemuanya jaringannya adalah hasil kerjasama rakan sepasukan, apapun saya gembira dengan keputusan ini.

“Menang besar bukanlah objektif utama pasukan, yang penting cara permainan kami, dan pastinya kemenangan ini kami nak teruskan untuk perlawanan yang seterusnya,” jelas Norsaiful yang ditemui selepas perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya