Azeem terus pecahkan rekod kebangsaan di Amerika Syarikat

Azeem terus pecahkan rekod kebangsaan di Amerika Syarikat

Muhammad Azeem Fahmi (tengah) berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara pecut 60 meter di Kejohanan Jemputan Tiger Paw, Carolina Selatan sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelari pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi terus menggegar arena olahraga negara apabila berjaya memperbaharui rekod baharu kebangsaan acara pecut 60 meter lelaki dalam dewan pada Kejohanan Jemputan Tiger Paw di Carolina Selatan, awal pagi tadi.

Aksi perlumbaan akhir yang berlangsung di Kompleks Olahraga Rock Norman itu menyaksikan Azeem yang mewakili skuad olahraga Universiti Auburn berjaya melakar catatan 6.62 saat untuk menduduki tempat kelima.

Pingat emas milik bekas juara remaja dunia dalam dewan, Trayvon Bromell dengan catatan 6.42 saat, sementara Marcellus Moore dari Universiti Texas meraih pingat perak dengan catatan 6.56 saat dan pingat gangsa diraih Sterling Warner-Savage dari Universiti Louisville dengan catatan 6.59 saat.

Terdahulu Azeem melakar catatan 6.65 saat untuk layak ke perlumbaan akhir.

Ini merupakan rekod kebangsaan yang kedua dipecahkan Azeem sejak berada di Amerika Syarikat apabila bulan lalu anak jati Perak ini berjaya mencatat 6.63 saat pada peringkat separuh akhir Terbuka Texas Tech. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.