Arsenal tetap pilihan juara EPL - Arteta

Arsenal tetap pilihan juara EPL – Arteta

Jack Grealish (kanan) meraikan gol kedua Manchester City ketika menumpaskan Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mikel Arteta kecewa Arsenal ‘mengha­diahkan’ gol kepada Manchester City ketika tumpas 1-3 di laman sendiri semalam, sekali gus membuka laluan buat City memintas kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pertahanan Arsenal tampak pincang bermula dengan kesilapan Takehiro Tomiyasu yang membuka ruang untuk Kevin de Bruyne membuka jaringan, sebelum disamakan kedudukan oleh Bukayo Saka menerusi sepakan penalti.

Gabriel bernasib baik penga­dil tidak menghadiahkan pe­nalti kepada lawan pada babak kedua kerana mengasari Erling Haaland, namun City tidak menunggu lama untuk menenggelamkan Gunners apabila menambah dua gol menerusi Jack Grealish dan Haaland.

Arsenal kalah 10 pertemuan terakhir liga menentang City, dan hilang takhta kerana ­perbezaan gol biarpun terikat 52 mata.

PERTAHANAN Arsenal, Oleksandr Zinchenko hanya mampu melihat bola rembatan Jack Grealish membolosi gawang mereka ketika kalah 1-3 kepada Manchester City pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, London semalam. – AFP

“Untuk menewaskan City kami perlu berada di tahap mereka, malam ini mereka ­lebih bagus,” kata ­Arteta.

Begitupun pengurus Arsenal itu yakin, pasukannya mampu menamatkan kemarau 19 tahun tanpa kejuaraan liga, apatah lagi memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding City.

“Kami menekan City sepanjang perlawanan hari ini, cuma kesilapan individu menyebabkan Arsenal dihukum.

“Senario dan prestasi kami amat baik jika tidak mengambil kira tiga gol City.

“Saya yakin kami akan memenangi kejuaraan kerana saya melihat sebuah pasukan yang mampu menyaingi lawan dalam segenap aspek,” katanya.

MIKEL ARTETA

Arsenal menguasai 64 peratus permainan semalam berbanding 36 peratus yang dimiliki City.

Begitupun, mereka kini mengharungi empat perlawanan (semua pertandingan) ­tanpa kemena­ngan, situasi yang meresahkan ketika liga masih berbaki 16 perlawanan.

Gunners mampu merampas kembali liga jika menumpaskan Aston Villa esok, manakala City pula bakal bertandang ke Nottingham Forest pada hari yang sama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya