Zii Jia tersungkur, tiga wakil negara ke suku akhir Terbuka India

Zii Jia tersungkur lagi, tiga wakil negara lolos ke suku akhir Terbuka India

LEE ZII JIA. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terus bergelut dengan masalah prestasi apabila terbaru ditunjukkan jalan keluar daripada pusingan kedua Terbuka India yang berlangsung sebentar tadi di tangan pemain China, Li Shi Feng dalam aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi.

Zii Jia tampak gagal menunjukkan aksi sebenarnya apabila bergelut sepanjang 64 minit perlawanan sebelum akur mengalami kekalahan keduanya tahun ini dengan keputusan 11-21, 21-14, 18-21, selepas minggu lalu alami mimpi ngeri tersingkir seawal pusingan pertama di laman sendiri di Terbuka Malaysia kepada tangan pemain Jepun, Kodai Naraoka.

Terdahulu, skuad negara menarik nafas lega apabila tiga pasangan Malaysia mara ke peringkat suku akhir, diketuai pasangan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah selepas mereka menewaskan wakil taiwan, Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun dalam perlawanan tiga set, 21-14, 21-16, 21-6.

Kejayaan itu sekali gus membuktikan, pasangan remaja perempuan itu sudah bangkit dari pengalaman ngeri mereka dalam Terbuka Malaysia 2023 minggu lalu, apatah lagi mereka juga diletakkan sebagai pemain pilihan kelapan bagi kejohanan yang berlangsung di New Delhi itu.

Mereka dijadual bertembung gandingan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, pada peringkat suku akhir, esok.

Di gelanggang lain, juara dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut berjaya mara ke peringkat suki akhir selepas menewaskan pasangan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dalam perlawanan tiga set, 15-21, 21-19, 21-19.

Aaron-Wooi Yik yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan tidak bersendirian kerana rakan senegara, Ong Yew Sin-Teo See Yi turut berjaya meraih slot ke suku akhir selepas menundukkan gandingan Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren dengan keputusan 16-21, 21-13, 21-19.

Kedua gandingan negara ini akan berentap esok sesama mereka, sekaligus satu slot di peringkat separuh akhir sudah sah menjadi milik Malaysia.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya