Singapura mungkin ‘parking bas’

Singapura mungkin ‘parking bas’

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan Gon memantau sesi latihan pemain Malaysia di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam menjelang pertemuan Piala AFF menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasil ‘intipan’ Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon ketika Si­ngapura seri 0-0 dengan ­Vietnam dalam perlawanan ­Piala AFF, Jumaat lalu merumuskan beberapa perkara.

Taktikal bertahan atau ­‘parking bas’ mungkin antara pendekatan yang diambil skuad Singa kerana menyedari mereka hanya memerlukan seri untuk layak ke separuh akhir.

Sedangkan Malaysia yang kalah 3-0 kepada Vietnam da­lam pertemuan terakhir wajib menang di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok untuk menyambar tiket ke peringkat empat terbaik selaku dua pasukan teratas Kumpulan B.

Tonggak naturalisasi negara, Lee Tuck berkata, segala kemungkinan boleh berlaku melihat kepada aksi yang dipamerkan Singapura dalam perlawanan di Stadium Jalan Besar, tiga hari lalu.

Tuck, 34, berkata, selain mendengar taklimat daripada jurulatih, dia dan rakan-rakan lain turut menonton perlawanan di televisyen, dan me­ngakui corak bertahan yang dilakukan oleh Singapura amat berkesan.

“Saya rasa keadaan mungkin akan menjadi hampir sama (Singapura bertahan menentang Malaysia) kerana mereka hanya memerlukan satu mata.

“Ia nampak berkesan buat mereka (bertahan mengikat ­Vietnam).

“Saya rasa kami perlu mencari gol daripada set piece tetapi kita mempunyai kualiti pemain serangan yang mampu meledak dan saya fikir pemain Singapura juga menyedari perkara itu,” ­katanya.

Katanya, Harimau Malaya sudah menganalisis sebaik mungkin kekuatan dan ke­lemahan Singapura yang dilatih jurulatih dari Jepun, Takayuki Nishigaya.

“Kami perlu bermain dengan lebih agresif dan mencari gol seawal mungkin.

“Itu akan memberi tekanan kepada lawan dan lebih membuka permainan,” kata Tuck, yang sudah meledak dua gol buat Malaysia dan baru diumum sebagai keluarga baharu Kedah Darul Aman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN