Safawi sedia pamer kehebatan bersama Ratchaburi FC

Safawi sedia pamer kehebatan bersama Ratchaburi FC

SAFAWI Rasid (kiri) diperkenalkan sebagai pemain baharu kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid bersedia untuk membuktikan kehebatannya dalam Liga 1 Thailand apabila diperkenalkan secara rasmi sebagai tonggak baharu Ratchaburi FC hari ini.

Pemain sayap berusia 25 tahun itu dipinjamkan daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) selama semusim untuk mengisi kuota import ASEAN bersama tiga pemain Myanmar, Myo Min Latt, Nanda Kyaw dan Hein Phyo Win.

Beraksi dalam liga di Thailand bagaikan memenuhi impian zaman kanak-kanak Safawi yang sudah lama memasang hasrat untuk menguji kemampuannya di negara jiran.

Ini kali kedua Safawi berkelana ke luar negara selepas sebelum ini dipinjamkan untuk beraksi dalam Liga Portugal bersama Portimonense SC pada 2020.

Safawi adalah pemain Malaysia keempat beraksi dalam Liga Thailand selepas tonggak pertahanan, Dion Cools yang menyertai Buriram United, Liridon Krasniqi bersama Khon Kaen United dan Junior Eldstal yang menyertai PT Prachuap.

 

Safawi yang melangsungkan perkahwinan dengan pelakon dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin, November lalu baru sahaja menyelesaikan tugasan bersama skuad Harimau Malaya dalam Piala AFF.

Ratchaburi FC kini menduduki tangga ketiga Liga 1 Thailand selepas mengumpul 29 mata hasil 15 perlawanan, 10 mata di belakang Buriram United.

Selepas berehat panjang sejak 27 November lalu, Liga 1 Thailand akan bersambung pada Sabtu ini, di mana Ratchaburi turun menentang Khon Kaen United di laman sendiri.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya