Ronaldo, Messi berentap Khamis ini

Ronaldo, Messi berentap Khamis ini

CRISTIANO Ronaldo diraikan ketika tiba di Arab Saudi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Cristiano Ronaldo bakal membuat penampilan sulung di Arab Saudi sejak menyertai Al Nassr apabila dinamakan sebagai kapten skuad Riyadh ST XI dalam perlawanan pertunjukan menentang Paris Saint-Germain (PSG) yang diketuai Lionel Messi, Khamis ini.

Kapten Portugal berusia 37 tahun itu akan mengetuai pasukan dibarisi bintang kelab Al Hilal dan Al Nassr menentang Messi dan PSG, yang menjadi babak terbaru perseteruan dua ikon bola sepak.

Skuad Riyadh ST XI turut diperkuatkan bintang tengah Arab Saudi, Salem Al-Dawsari yang menjaringkan gol ketika kemenangan mengejut ke atas Argentina pada peringkat kumpulan Piala Dunia di Qatar, tahun lalu, selain Abdulhamid.

Perlawanan yang bakal diadakan di Riyadh itu dilaporkan sudah menerima permintaan tiket sebanyak 2 juta menerusi pembelian dalam talian.

Bidaan tiket VIP ‘Beyond Imagination’ kini mencecah AS$2.66 juta (RM11.48 juta) dan  akan berakhir hari ini.

Ronaldo terlepas dua perlawanan awal aksi domestik bersama Al Nassr kerana digantung oleh Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris atas kesalahan menjatuhkan telefon bimbit dari tangan seorang penyokong, April lalu.

Bintang Portugal itu tiba di Arab Saudi pada awal bulan ini dengan perjanjian sehingga 2025 dianggarkan bernilai lebih AS$216.34 juta (RM933.72 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya