Rekod bersih bukan jaminan – Safawi

Rekod bersih bukan jaminan – Safawi

SAFAWI Rasid (tengah) bersedia mengerah segala yang ada apabila berdepan Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia memiliki rekod baik dalam beberapa perlawanan menentang Thailand sejak kebelakangan ini.

Begitupun, kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid tidak menganggap rekod sebagai ke­lebihan buat Malaysia menje­lang aksi separuh akhir pertama menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Pemain Johor Darul Ta’zim itu (JDT) itu sebaliknya menyeru rakan sepasukannya ber­kerja lebih keras apabila melayan kunjungan skuad Gajah Perang.

Tidak menolak rekod dicatat itu memberi suntikan sema­ngat kepada pemain tetapi apa yang dipertontonkan pada hari perlawanan lebih mustahak.

“Pada 2018 kita menang pun sebab mereka (Thailand) terlepas sepakan penalti. Saya dan rakan sepasukan akan berusaha lebih keras untuk berdepan Thailand bagi membawa bekal sebelum aksi kedua di Bangkok.

“Saya percaya rakan sepasukan sudah bersedia dan kita akan mengikuti semua taktikal yang dirancang barisan kejurulatihan. Kita akan pergi all out untuk layak ke final,” katanya yang bakal berhijrah ke Rat­chaburi FC itu, musim depan.

PEMAIN Harimau Malaya menjalani sesi pemulihan di hotel pasukan di Petaling Jaya kelmarin menjelang aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 menentang Thailand esok. – IHSAN FAM

Malaysia berjaya mengatasi Thailand dengan kelebihan gol di tempat lawan selepas 0-0 dan 2-2 di Bangkok pada perlawanan separuh akhir edisi 2018, namun tewas kepada Vietnam di pentas final.

Harimau Malaya menang 2-1 dan 1-0 pada pe­ringkat kumpulan Kelayakan ­Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pertembungan terbaharu me­libatkan kedua-dua pasukan juga terus memihak kepada pasukan kebangsaan apabila mengecewakan Thailand di saingan Piala Raja Thai dengan kemenangan menerusi penentuan penalti 5-3 selepas seri 1-1, September lalu.

Masih segar dengan kejayaan menundukkan Singapura 4-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Malaysia yang mara sebagai naib juara Kumpulan B mahu mengulangi persembahan sama apabila melayan kunjungan Thailand.

Selepas perlawanan di Bukit Jalil, skuad kebangsaan akan berlepas ke Bangkok bagi aksi separuh akhir kedua di Stadium Thammasat, Selasa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.