PSG bayar gaji RM3.41 bilion setahun

PSG bayar gaji RM3.41 bilion setahun

TRIO serangan PSG iaitu Messi, Neymar dan Mbappe antara pemain yang menerima gaji tertinggi di kelab gergasi Perancis itu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) merekodkan pembayaran gaji tertinggi dengan pembelian Lionel Messi serta beberapa nama besar lain pada musim lalu dan dilaporkan perbelanjaan mencecah 643 juta pound (RM3.41 bilion) setahun.

Pembayaran gaji oleh kelab Perancis itu melonjak sebanyak 45 peratus selepas mereka menandatangani Messi, Sergio Ramos, Achraf Hakimi dan beberapa pemain lain pada permulaan kempen 2021-22.

Bintang Argentina yang mengetuai negara itu menjulang trofi Piala Dunia 2022, Messi dilaporkan menerima 25.6 juta pound (RM136 juta) tahun lalu, selain Kylian Mbappe dan Neymar yang turut menerima gaji lumayan di PSG.

Pembayaran gaji oleh PSG musim lalu adalah jumlah tertinggi untuk mana-mana kelab bola sepak di dunia dan mereka merekodkan kerugian 326 juta pound (RM1.73 bilion) dalam laporan kewangan terakhir kelab.

Untuk rekod, pada September tahun lalu, PSG didenda 56 juta pound (RM297.2 juta) oleh UEFA kerana melanggar peraturan Fair Play Kewangan (FFP).

Rekod perbelanjaan tertinggi kelab dunia sebelum ini dipegang oleh Barcelona dengan jumlah 478 juta pound (RM2.54 bilion) setahun, di mana Messi antara pemain skuad Catalan itu pada musim 2019.-AGENSI

ANTARA PEMAIN TERIMA GAJI TERTINGGI

Kylian Mbappe – 1.22 juta pound (RM6.48 juta) seminggu
Lionel Messi – 1.08 pound (RM5.73 juta) seminggu
Neymar – 957,000 pound (RM5.08 juta) seminggu
Sergio Ramos – 463,000 pound (RM2.46 juta) seminggu
Marco Verratti – 340,000 pound (RM1.80 juta) seminggu
Gianluigi Donnarumma – 309,000 pound (RM1.64 juta) seminggu

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.