Piala Dunia sudah, kini tinggal Olimpik

Piala Dunia sudah, kini tinggal Olimpik

R. Anbananthan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROURKELA: Pengadil dari Malaysia, R. Anbananthan amat teruja apabila berjaya merealisasikan impian untuk mengadili perlawanan di pentas berprestij Piala Dunia Hoki 2023.

Anbananthan, 36, satu-satu­nya pengadil negara yang terpilih pada edisi kali ini dan juga kedua dari Malaysia selepas Eric Koh pada Piala Dunia 2018 sebelum juruterbang itu bersara tahun lalu.

Bagi Anbananthan, ia satu penghormatan tertinggi dalam kariernya kerana terpilih antara 16 pengadil Piala Dunia 2023 dari kalangan 25 yang bertugas dalam saingan Liga Pro FIH.

“Ramai lagi pengadil di luar sana tetapi nama saya terpilih. Ini ah Piala Dunia pertama saya dan sepatutnya Eric bersama saya tetapi dia ambil keputusan bersara.

“Saya langsung tak gementar tetapi teruja dan seronok kerana bukan senang nak ke Piala Dunia. Satu impian dah tercapai, tinggal satu lagi iaitu Sukan Olimpik.

“Saya ada peluang tetapi penilaian prestasi saya perlu bagus sepanjang Piala Dunia ini selain Sukan Asia dan Liga Pro FIH. Kalau semua bagus, mungkin ada peluang ke Paris 2024,” katanya.

Anbananthan sudah me­ngadili tiga perlawanan bermula Perancis berdepan Afrika Selatan (16 Januari), Belanda -Chile (19 Januari) dan Chile-Argentina dalam klasifikasi tempat kesembilan hingga 16 semalam.

Menariknya, nama Anbananthan turut terpahat dalam sejarah kerana mengadili kemena­ngan 14-0 Belanda ke atas Chile yang merupakan rekod baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya